Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik India berlaku selepas bangsa Arya bermigrasi ke India kira-kira 1500 SM. Muzik India terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai simbol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik India.
Dalam muzik klasik India, hubungan antara guru dan shisya amat penting dalam cara mereka mempelajari sesuatu muzik. Bagi masyarakat India terdahulu mempelajari muzik berkait rapat dengan hubungan hukum agama, tuhan, falsafah, kerohanian, sosial, ritual dan alam ghaib ini kerana muzik itu adalah sebagai alat yantra dan bhgavatar (sebagai persembahan tuhan). Muzik disampaikan secara aural dan imitasi iaitu pelajar meniru segala apa yang diajar oleh guru dan pendirian guru. Pembelajaran muzik melalui teori dan bacaan tidak dapat memenuhi kehendak dan hakikat sebenar.
Kebanyakkan muzik tradisional india adalah dalam bentuk nyanyian dan tarian.Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
No comments:
Post a Comment