Friday, April 15, 2022

PENGENALAN MUZIK TRADISIONAL

 Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri.Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional zaman dulu banyak dimainkan untuk golongan-golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati alunan muzik tradisional ini.

Istimewanya muzik tradisional di Malaysia terletak pada hasil campuran pelbagai etnik di negara ini.Pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik dan tidak terdapat ni negara lain.

Secara amnya,muzik tradisional digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik,  peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu. 

Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.


No comments:

Post a Comment

Quizz!

 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfd_qk5SeKP8OnmXLb_II6c_EMvOA6afN1argdcq0yT1nO3Xg/viewform?usp=sf_link