https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfd_qk5SeKP8OnmXLb_II6c_EMvOA6afN1argdcq0yT1nO3Xg/viewform?usp=sf_link
MUZIK TRADISIONAL
Friday, April 15, 2022
MUZIK TRADISIONAL INDIA
Muzik klasik India merupakan salah satu muzik yang tertua. Muzik India bermula kira-kira abad ke-2 selepas masihi. Di percayai perkembangan muzik India berlaku selepas bangsa Arya bermigrasi ke India kira-kira 1500 SM. Muzik India terus berkembang dan menjadi penting pada abad ke 20 selepas merdeka pada tahun 1947 sebagai simbol keagungan, penghormatan dunia kepada muzik India.
MUZIK TRADISIONAL CINA
Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan kesenian budayanya yang tersendiri. Begitu juga dengan muzik, alat muzik dan tariannya.Warisan muzik masyarakat cina yang paling dikenali ialah muzik Guangdong. Muzik Guangdong sebenarnya berasal dan bermula dari Selatan China pada abad ke 20. Pada peringkat awal, muzik Guangdong dimainkan sebagai iringan muzik dalam Opera Yue. Kemudian, secara beransur-ansur muzik Guangdong telah menjadi popular bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati oleh para perantau China di seberang laut.
Selain itu, alat-alat muzik tradisional masyarakat cina yang digunakan juga sangat menarik sehinggakan dimainkan dalam okestra. Antara alat muzik tradisional masyarakat cina ialah pipa, yangqin, guzheng,erh hu dan seruling cina (zhudi).
MUZIK TRADISIONAL MELAYU
PENGENALAN MUZIK TRADISIONAL
Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri.Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional zaman dulu banyak dimainkan untuk golongan-golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak ketinggalan menikmati alunan muzik tradisional ini.
Istimewanya muzik tradisional di Malaysia terletak pada hasil campuran pelbagai etnik di negara ini.Pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik dan tidak terdapat ni negara lain.
Secara amnya,muzik tradisional digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu.Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.
Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.
Quizz!
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfd_qk5SeKP8OnmXLb_II6c_EMvOA6afN1argdcq0yT1nO3Xg/viewform?usp=sf_link
-
Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan kesenian budayanya yang tersendiri. Begitu juga dengan muzik, alat muzik dan tariannya...